Nuffnang

Thursday, July 19, 2012

HACKS

HACKS..

Streaming youtube jelah xdpt tgk kat wayang.

Bagi aku citer ni bez la. Walaupun citernya macam xbermoral, (bukan mcm, memang) tapi isi cerita yg nk disampaikan tu bez la. And ada beberapa QUOTES dlm citer ni yang mmg menarik. Kebetulan ada yg update kat blog aku copy jelah.. hihi.. thx kpd blog tersebut..

kalau aku ada sakti, aku nak pinjamkan kedua belah mata aku pada orang yang tak nampak apa yang kita sedang tengok sekarang..aku nak jadi macam tu !

bila kau sayang seseorang, kau akan biar dia memilih dan terima apa jua pilihannya..tapi bila kau cinta atau suka seseorang, kau akan selalu menunggunya dengan setia dan tulus..

aku ingin mencintainya dengan sederhana seperti kata kayu kepada api yang menjadikannya abu..aku ingin mencintainya dengan sederhana..

percintaan itu tugu kasih sayang yang kukuh..kolam persahabatan yang teguh..gunung setiakawan yang utuh..sungai kebahagiaan yang teduh..bersama susuri arus gelombang !

hari ni aku sedar bahawa janji itu juga cuma sebahagian dari kata-kata..dapat diubah, boleh juga untuk dilupakan..memberi janji mungkin mudah untuk melupakan, tapi menerima janji, sampai mati diingati..ada waktunya, janji juga menjerut hati sendiri, semata-mata untuk kegembiraan orang yang kita cintai..

lelaki gunakan istilah berkawan sebagai pembuka kepada setiap perhubungan yang lebih serius..tapi perempuan gunakan istilah berkawan untuk memutuskan sesuatu ikatan..

Tuhan tu akan bagi yang terbaik pada setiap hambanya..cuma kita sebagai hambanya kenalah berlapang dada dan kita kena tahu membaca apa yang tersirat disebalik suratan hidup kita..

kita kena tengok dengan mata hati yang bersih..memang lah pada kita manusia, kita rasa apa yang kita nak tu adalah yang terbaik..tapi pada ilmu ALLAH, ada lagi yang lebih baik dari itu..jadi, lebih baik rapatkan diri dengan ALLAH..disitu kita akan jumpa cinta yang sejati..

HANYA AKU CINTA KAU SEORANG!

No comments: