Prolog
“Lepas daftar ni kena pergi tangkap gambar la.”
“Jom.”
Dua-dua redah kolej cari Dewan Banquet. Nasib baik la ada tanda arah, kalau tak, haru jugak la nak cari jalan. Dah la masa daftar tadi boleh salah blok. Buat malu je.
Siap kemas barang 4 penghuni bilik P2-T2-04 duduk bertapa atas katil. Ice breaking sesi pertama.
“Nama awak ape?” Budak specky tinggi lampai yang jd partner amik gmb tadi mula sesi mukadimah.
“Faizan. Ko?”
“Marrissa Syahirah. Panggil Marrissa je.”
“Saya Nor Asyikin binti Mohammad Razali. Ekin.”
Tiga pasang mata memandang ke katil depan pintu.
“................” and then dia keluar.
Aku angkat kening. Erk, hape la nama yang dia sebut? Suara slow tahap frekuensi semut je.
“Ape nama dia weh?”
Marrissa muka kelam. “err.. ntah.”
Hatta Ekin yang paling dekat ngan katil minah tu, “Ayuni la”
“Owh. Apsal tu? Gaya mcm tak leh masuk je.”
“Ntah. Eh, dah tengok tentatif program orientasi? Petang ni kena kumpul dekat dataran.”
“Dah.” Sepatah aku jawab.
Blok 03. Mana la budak-budak ni.. adoi.. aku dah tak cukup nyawa nak hidup ni.
“Woi, ape citer ni?” tiga pasang mata pandang kat aku.
“Faizan, ni aku nak kenalkan, ni Liyana. Dulu kat sekolah kan ada dapat paper trial SPM nama Balang Biskut? Ni la dia..” Ah atau nama betul dia Zahrah cakap dengan penuh semangat kesukanan. Atlet punya semangat pun tak macam dia. Hahaha.
“Aku nak panggil ko Biskut la.” Tyrah mencelah. Athirah.
“Aku panggil ko Balang.” Sengih aku pandang Tyrah.
“Tak kisah la.” Balang Biskut berkata-kata. Erk, mcm seram je bunyi. Hehe
Aku dah bosan tahap mumia duduk dalam keranda dah ni. Lagu Ukays yang berdentum kat telinga pun dah rasa macam menyesakkan telinga. Tapi better la daripada dengar ntah hape kat depan tu. Ah, Tyrah ngan Balang pon dah muka ngantuk. Masing-masing layan lagu kat telinga sendiri. Nasib baik la pakai tudung, boleh gak selinap earphone.
Marrissa. Lone ranger betul. Mana-mana nak pergi, sorang-sorang je. Muka memang skema habis la. Lurus tak ingat punya. Saya..awak..saya.. awak..
“Tak yah la saya-awak ni. Guna ko-aku sudah. Baru sempoi.” Aku wat muka tak bersalah dengan mp4 masih di tangan.
“Emm, tak biasa la. Rasa mcm kasar.” Muka kelam dia tu aku pandang, erk, kasar?
Ekin tu bantai je aku-ko ngan dy, dy pon masyuk je. Ayuni? Dia tu macam chipsmore.
“Ala, takpe, lama-lama biasa la. Ko takde nama lagi pendek ke? Aku panggil Riss la. Mcm nama dalam novel.”
Heh budak ni, main redah dia je nak letak nama kat aku....
Bab 2
Sebulan.. dua bulan.. nak masuk 3 bulan..
Faizan: hari2 pergi bilik geng stesma study sama.. yelah, dah dia sorang je budak fizik dlm bilik P2T204 tu.
Ekin: hari2 study ngan budak MRSM lme dia.
Ayu: Masih mcm chipsmore. Bilik kami umpama hotel. Hari2 lepak ngan geng2 baru dia kat matrik ni.
Riss: Lone ranger.. jumpa kawan yang boleh baik je, pindah. Akhirnya..
“Huk3... waa.... “
Ai, apasal plak Riss ni menangis maghrib2 ni? Xkan kena sampok ngan langsuir kot.
“Eh, apsal ni?”
Ekin yang baru masuk pon pandang.. Pastu Ayu plak masuk..
Hah!! Sume muke kelam tgk Riss nangis.
“Kwn aku nak pindah lagi. Asal aku dapat kawan je sume pindah.. Aku sedih..”
Ah, sudah, cmne nk pujuk?? Ape lagi, time ni la nak guna skill esei BM yg Cikgu Rosli ajar kat Stesma dulu. Ha, Faizan pon lancarkan ayat mukadimah, “Sabar la Riss, nnt jumpa la kawan baru..” “Betul tu.” Ekin plak mencelah..
“Ko tak rase Faizan, ko ade kwn2 ko, ade Atyra, Ah, Balang.. “
Erk, kena balik kat aku. Hahaha
Bab 3
“Aku rasa aku nak study kat bilik jelah lepas ni. Kalau aku ade masalah aku datang cari korang ek. Tak sampai hati plak nk tinggal Riss dalam bilik sorang2.” Pergh, ayat gentlewoman xleh blah btol.
“Ok la camtu.” Ah bg keputusan dan 3 pasang mata pandang aku ala2 aku baru lepas selamatkan Superman.
Esoknye..
Ekin: Dok study kat meja dia dalam bilik.
Ayu: Dok study kat meja dia dalam bilik.
Faizan: Dok study kat meja dia dalam bilik.
Riss: Aik??
“Dah nak UPS 1, aku nak study kat bilik je. Aku xleh study la kat bilik kwn2 aku tu.” Ayu bagi penjelasan.
Dan lepas2 tu..
Makan: “Jom weh pegi cafe”
Study: "Ni mcm mane ye?” “Aku dah mereng ni” “Aku nak makan biskut la.”
1 Ogos 2007, selepas 12 tgh malam..
“Hepi befday Faizan!!” 3 suara serentak mengetuk gegendang telinga aku.
Pastu aku tgk ada... bukan kek.. tapi.. ROTI HONG KONG!! Nyum3.. Speechless aku.. kalo suruh aku sampaikan speech time tu mmg aku bg speech org bisu je.hihihi
Ape lagi.. Roti Hong Kong depan mata.. Sume skali,, SERANG!!
Masa terus bergerak tanpa henti. Sbb kalo tgk jam dan masa berhenti, maknanya.. Kena tukar bateri. Kih3
Ujung minggu tu, hari Sabtu, ade klas ganti. Lepas je abis klas pukul 4 tu, aku trs lah balik bilik P2T204 yang tersayang. Aku masukkan kunci dalam tombol dan pulas sambil tolak nak masuk dalam, tapi..
BAM!! Adoi!! Apsal pintu ni xleh bukak ni? Sakit kepala aku “melekat” kat pintu ni.
Ekin yang baru balik, “Kenapa xmasuk dalam?”
“Tombol rosak la”
Ketua Aras, “Hari ni sabtu, pejabat penyelia tutup. Felo pon xde, dah keluar.”
“Kalo saya pecahkan pintu ni xpe tak?” aku tanya ngan muke blur.
“Terpaksalah mcm tu.”
Ape lagi, Faizan the Powepuff Girls trs la terajang pintu tu smp la pintu tu pecah!!
Yay!! Dah boleh masuk..
Ekin, “Kita cakap kat Ayu ngan Riss bilik kena rompak nak?”
“Boleh jugak” hahahaha
Jejak je Ayu ngan Riss dalam bilik, “Weh bilik kite kena rompak la!!
Riss, “Ha?!!” Riss kelam kabut g cek loker dia.
“Kitorg tipu jelah..hahahahahahahahahaha”
Epilog
Dan hari2 yang berlalu lepas tu penuh suka duka yang dikongsi bersama2. Banyak yang tak dapat dilupakan. Pecahkan pintu ramai2 masa birthday Riss, gosip Ayu ngan Basyir, Ekin yang slalu kena tinggal xdpt balik sbb dok jauh, tgk Scary Movie sama2 walaupun last2 aku ngan Ekin je yang tgk sbb dua makhluk lagi dah nek ketapi gi alam mimpi. Aku ngan Ekin yg suka usha kakak sebelah, tgh malam pegang hs ngan Riss smbil tggu call in K.A, Ayu yg tak abis2 ngan earfon dia time study (samelah dengan aku), menari2 dalam bilik, menyanyi, lepak kat tangga depan bilik sebelah, maki hamun orang atas sidai kain tak perah.. dan kalau nak senarai mmg xterkira byknya kenangan yg ada selama menghuni bilik P2T204 KMPk. Dan yg penting sumenya SWEET MEMORIES sbb yang BAD tu aku dah delete 2 saat lepas ape2 kejadian yg BAD berlaku.
Salam sengal,
Faizan Shabudin
25 Nov 2010, 16.35
Kisah ini ku kongsikan sebagai kenangan buat mereka,, dan sahabat2 KMPk yg lain..
1 comment:
Post a Comment